Inilah Gambar Menunjukkan Betapa Tingginya Puncak Everest Dibanding Dengan Base Camp

Gunung Everest
Tahukah anda bahawa Gunung Everest akan bertambah ketinggiannya sebanyak 2.4 inci setahun?

Gunung everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8850 meter dari paras laut.

Menariknya lagi, kebanyakan masyarakat Nepal mengelarkan gunung ini sebagai 'Dahi langit' atau dalam bahasa sanskrit Sagarmatha. Manakala masyarakat Tibet pula menggelar gunung ini sebagai 'Ibu Alam' atau dalam bahasa Tibet, Qomolangma.

Berapakah kos untuk mendaki Gunung Everest?

Dianggarkan sekitar USD65 Ribu seorang, dan harga ini termasuk latihan yang diseliakan oleh jurulatih professional.
Inilah gambar menunjukkan betapa tingginya puncak Everest dibanding dengan Base Camp


Untuk info, wanita pertama dari British berjaya menawan puncak ini pada tahun 1995 tanpa bantuan Sherpa dan oksigen. Wanita tersebut adalah Allison Hargreaves, seorang pendaki juga seorang ibu. Hargeaves berjaya menawan puncak Everest pada 13 May 1995 tanpa sebarang bantuan Sherpa dan balang gas oksigen.

Malangnya pada Ogos tahun yang sama, Hargreaves maut ketika menuruni puncak Gunung K2, sebuah gunung yang terletak di Pakistan dan gunung kedua tertinggi di dunia selepas Everest.

Sepanjang pendakian, pendaki menemui hampir 200 orang mayat yang terdampar di gunung ini, dan salah satunya adalah mayat seorang lelaki yang dikatakan berhenti berehat dan dia berehat untuk selamanya.

Menurut pengalaman yang dikumpulkan oleh pendaki Everest, dianggarkan seorang akan mati dalam 10 orang yang berjaya sampai ke puncak.

Menurut rekod, remaja 13 tahun dari Amerika Syarikat adalah manusia termuda yang berjaya sampai ke puncak Everest. -HarianBlogger.Com

Komentar

Postingan Populer