'Beras Dah Habis, Hari Ini Kita Puasa Ye Nak'

Sesunggah mana pun kita, ada insan lain yang lebih susah. Kisah ibu muda yang ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak April 2015, benar-benar menyayat hati.

Hampir setahun dia digantung tak bertali. Terkontang-kanting sendiri bersama anak-anak yang masih kecil. Suami dikatakan telah pulang ke kampung di Sarawak dan terus tidak kembali lagi.

Ketika suaminya menghilangkan diri, dia sedang hamilkan anak yang bongsu. Keluarga mertua juga langsung tidak dapat dihubungi lagi. Dia sendiri tidak tahu sama ada suaminya masih hidup atau sudah tiada lagi.
Gambar dari blog: Thehypemedia


Anak-anaknya berusia 10 tahun, 8 tahun, 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 5 bulan. Anak sulungnya penghidap Dylexia. Anak yang kecil seringkali tidak sihat.

Ketika ditinggalkan suami, beliau menyewa rumah flat tiga bilik. Bantuan zakat yang diterima sebanyak RM600 sebulan, terpaksa digunakan untuk membayar sewa rumah.

Demi mencari sesuap nasi, ibu muda ini membuat karipap frozen bergantung pada pesanan yang dijual dengan harga 40 sen sebiji. Dia hanya sebatang kara membesarkan anak-anaknya. Dengan keadaan rumah yang daif dan kesihatan anak yang tidak menentu, adakalanya beliau tidak dapat berniaga sehingga tiada langsung makanan untuk anak-anak di rumah.

Luluh hati melihat wajah-wajah comel ini yang masih tidak mengerti erti susah kehidupan. Pada mereka, bila ibu beritahu hari ini kita kena puasa sebab Allah suka orang berpuasa, anak-anak ini menurut tanpa bantahan. Hanya air mata menjadi peneman ibu muda ini tatkala beras terakhir sudahpun dijadikan bubur semalam.

Ibu muda yang cekal ini tidak pernah sekali pun meminta-minta dan mengharapkan belas ihsan simpati orang. Semua diterima sebagai ujian Allah ke atas dirinya. Dia masih percaya bahawa ada orang yang lebih susah dari dirinya.

Selama ini dia hanya mengadu kepada Tuhan agar dia kuat dan sihat dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya. Allah hadirkan kekuatan dalam diri seorang ibu biarpun hidup susah tetap anak-anak di dalam jagaannya.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, silakan. Wang, makanan atau pakaian amat dihargai.

Nama: Rozalinawati binti Rosli
Akaun: 1627-6802-0237 (Maybank)
Alamat: Kota Damansara

Rujukan: Thehypemedia
Sumber asal dari posting perkongsian Facebook saudara Mizan As-Syatirie

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Mizan As-Syatirie (Facebook)

Komentar

Postingan Populer