'Meniaga Kecil-kecilan Pun Kena Serbu'
Khamis 14 Januari 2016
Pada jam 9.50 pagi, datang seorang wanita memberi salam di depan pintu.
"Ye, ada WhatsAppa nak barang ke kak?" soal saya padanya.
"Ye kak, saya nak order Vietnam Mask tu. Boleh tak nak tengok-tengok barang lain sekali?" katanya.
"Oh, akak nak berapa ye? Datang dengan siapa? Kerja di mana?"
Menurut wanita itu, dia datang seorang diri dan tidak bekerja pada hari tersebut. Setelah memandang ke luar rumah dan melihat tiada sesiapa serta yakin dia berseorangan, lalu saya mengambil kunci dan membuka pagar seperti biasa. Lagi pun sudah biasa pelanggan datang COD di rumah.
"Vietnam Mask ini memang elok ke? Ada mask lain tak? tanyanya.
"Ada Shiesedo, Gold Mask 24K," sambil mengambil mask untuk ditunjukkan kepadanya.
"Akak ada jual injection tak?" soalnya lagi.
"Tak ambil, tetapi kalau ada permintaan barulah kita order untuk pelanggan," jawab saya tenang.
Seketika kemudian dia bertanya sama ada produk Vietnam Mask ini mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Vietnam Mask ini untuk tampal dan buang whitehead saja, perlu ke ada KKM? Lagipun bukannya produk makanan kan?" kata saya.
Wanita itu terus mengeluarkan kad kuasa dia.
"Saya dari KKM/KPDNKK, kami menerima laporan yang puan ada menjalankan perniagaan dari rumah. Boleh tengok sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?" katanya.
Terus 5 -6 orang masuk ke rumah. Entah dari mana mereka menyorok sebelum itu. Lutut saya terus menggeletar.
SSM dah tahun ke 4. Kebanyakan produk adalah produk tempatan. Yang keluar masuk televisyen pun kena rampas. Jam 1 petang, barulah mereka selesai. Apa lagi nasib selepas ini pun tak tahulah.
Saya ini meniaga kecil-kecilan saja. Tahap ikan bilis celah gigi pun belum lepas. Kumpul modal berniaga, bukannya jual barang terlarang, suppliment seperti Olicandy, Nikko Placenta, Aurora SX, Aurora Capsule, Zofea Free Pill. Di kedai bersepah-sepah dijual. Pemborong besar di GM Plaza, Kenanga, boleh pula bebas berniaga.
Sabarlah dugaan kecil seperti ini. Pengajaran untuk diri sendiri juga. Jangan beri orang masuk tengok barang, jangan muda ambil stok. Belum tentu produk yang keluar masuk televisyen itu ada kelulusan KKM.
Jumaat 15 Januari 2016
Susualan viralnya perkara itu di media sosial, Shuhada Shaiful banyak menerima mesej dari mereka yang prihatin dan tidak kurang juga ada yang mengeji.
"Banyak kata-kata semangjat dari inbox dan WhatsApp hari ini. Saya benar-benar menghargainya. Ada yang positif, tidak kurang juga yang negatif," katanya.
JAWAPAN BALAS SHUHADA KEPADA YANG PERSOALAN ORANG RAMAI:
"Lain kali kalau nak berniaga, gunakanlah saluran yang tepat,"
Ye baik, saya tidak sebijak Rashid atau Rashidah ataupun Shasha atau Rapeah. Tetapi saya sudah menggunakan saluran yang tepat mendaftar dengan SSM beberapa tahun yang lepas lagi. Walaupun sebelum ini saya tiada simpanan stok, 100% jadi ejen dropship sahaja, namun saya tetap mendaftar dengan SSM.
"Ini kes berniaga barang tak ada kelulusan KKM, tidak sah, barang-barang salahlah ini kan?"
Saya hanyalah suri rumahtangga. Berniaga kecil-kecilan mengikut pada pemintaan pasaran. Kebanyakan barangan semua ada jual di Toko-toko jamu, GM Klang dan kedai-kedai termasuk yang keluar masuk media. Saya tidak nampak sebarang kesalahan berniaga produk-produk suppliment yang rata-ratanya diwar-warkan ada kelulusan KKM.
"Inilah pengajarannya, next time jangan bagi orang masuk ke rumah,"
Saya tinggal di Pekan kecil sahaja. Rata-rata memang tahu saya berniaga kosmetik. Pelanggan dan sahabat memang tidak pernah putus setiap hari datang ke rumah atau drive thru dari pagar rumah ambil barang. Sama seperti jika anda ada kedai, pelanggan mahukan layanan baik, servis baik, takkan kita nak menghalau mereka pula? Atau kita kata:
"Maaf sis, saya tak kenal sis dan tak boleh tengok barang. Sis cakap saja nak produk apa di sebalik celahan pagar rumah saya ini. Okay tak sis?"
"Jadi maksudnya tak boleh simpan barang di rumah ke?"
Boleh saja, pastikan ada SSM walaupun kertas SSM tersebut tiada nilai pun sebenarnya tetapi ia berguna. Sekurang-kurangnya kalau kena seperti apa yang berlaku pada saya, kuranglah sedikit kesalahannya.
"SSM sudah ada, jadi apa masalahnya sis?"
Mereka cuma mahu memastikan saya berniaga dengan betul dan memiliki lesen sah berniaga walaupun dari rumah. Mereka mahu membanteras produk tiruan, barang seludup dan produk yang tidak berdaftar dengan KKM.
Malangnya nasib saya tidak sebaik peniaga yang lain. Produk yang diwar-warkan mempunyai kelulusan KKM didapati adalah palsu dan beberapa produk luar yang banyak permintaan dari pelanggan turut dirampas.
Sekiranya anda pengeluar atau pengasas produk, tolong pastikan produk anda benar-benar boleh dipasarkan dalam Malaysia. Sangat kasihan pada kami surirumah yang cuma mengharapkan duit ihsan hasil gaji suami yang tidak seberapa untuk dijadikan modal bernaiga.
Untung yang tidak seberapa inilah digunakan untuk membantu keluarga, untuk pusingan modal serta sedikit untuk simpanan bagi mencapai impian yang mungkin hanya dalam mimpi untuk berjaya menjadi pengasas produk seperti anda.
Akhir kata, tiada akhir kata. Teruskan hidup seperti biasa sahaja. - Shuhada Shaiful
Rujukan: Thehyepmedia

Komentar
Posting Komentar